BTPN Melaka dipertangungjawabkan bagi semua kerja-kerja penyelenggaraan ICT. Bagi tujuan tersebut, waran peruntukan telah diperturunkan kepada BTPN Melaka. Memandangkan bahawa peruntukan adalah terhad bagi penyenggaraan semua peralatan inisiatif di sekolah, inisiatif untuk menyediakan garis /dasar / panduan mengikut keutamaan ini disediakan agar dapat menjamin agihan diselaras dengan cekap, sejajar dengan panduan syarat-syarat KPM.
1. Peralatan perolehan tahun 2002 dan telah tamat tempoh jaminan ke atas sahaja layak disenggara.
2. Semua sekolah layak kecuali sekolah PTJ iaitu Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Pendidikan Khas, dan Sekolah Menengah Teknik.
3. Peralatan perolehan dari KPM diberi keutamaan. Semua peralatan ini mesti mempunyai ‘Daftar Harta Modal’ yang lengkap.
4. Keutamaan penyenggaraan diberi kepada komputer sekolah untuk subjek ICT dalam peperiksaan awam, diikuti dengan komputer untuk pentadbiran sekolah, dan peralatan ICT untuk P & P.
5. Hanya kerja-kerja penyenggaraan korektif (corrective maintenance) sahaja dibenarkan untuk penjimatan kos peruntukan yang terhad.
5.1 Tugas penyenggaraan preventif boleh dibuat secara dalaman oleh Guru ICT/Guru Penyelaras Bestari/Juruteknik Komputer.
6. Aduan kerosakan mesti dibuat melalui ‘Support Ticketing System’. Jika capaian internet sukar, aduan mesti dibuat secara bersurat oleh pentadbir sekolah ke PKG. Pengetua/Guru Besar mesti membuat pengesahan kerja yang telah selesai melalui laporan tutup log STS bagi membolehkan tindakan bayaran dibuat.
7. Kontraktor yang dilantik melawat sekolah untuk membuat penilaian sebutharga mesti menunjukkan bukti surat pengesahan dari BTPN Melaka.
8. Aduan-aduan dari sekolah hendaklah mengikut kod aktiviti kategori prasekolah, asrama, rendah dan menengah.
9. PKG akan menyelaras, membuat keutamaan dan membuat pengesahan bagi semua aduan sekolah ahli masing-masing bagi memastikan agihan peruntukan dapat digunakan secara optimum.
10. Punca kuasa bagi membenarkan BTPN Melaka menjalankan kerja-kerja penyenggaraan ini adalah dari surat KPM, KP(B.Kew-BJT) 1600/107/(13) bertarikh 14 Januari 2009 : Arahan Pegawai Pengawal Peruntukan Belanja.
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
02 April 2009
No comments:
Post a Comment