Wednesday, April 1, 2009

PROGRAM LONJAKAN ICT SBPIS

PENDAHULUAN
Unsur IT sememangnya menjadi perkara tumpuan pihak Kementerian Pelajaran amnya dan Jabatan Pelajaran Negeri khususnya. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menjadikan unsur ICT ini digunakan oleh pihak sekolah,guru dan murid.
Sehubungan dengan itu, program ini merupakan satu program yang mempunyai pelbagai aktiviti dan unsur-unsur yang tertentu untuk melonjakkan lagi penggunaan ICT SBPIS selari dengan taraf sekolah ini sebagai Sekolah Berasrama Penuh
MATLAMAT
Mewujudkan suasana mesra IT dan menjadikan penggunaan IT di sekolah lebih efektif, terancang dan terkawal dengan harapan kebaikan IT ini akan dapat memberi manfaat kepada sekolah, guru dan murid.
OBJEKTIF
1. Membantu guru melaksanakan proses P&P berbantukan ICT sekurang-kurangnya 2 masa seminggu.
2. Menyediakan makmal komputer yang kondusif dan mampu menjalankan semua program yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran seperti eduwebtv, e-integrasi, ICTL dan Zoom-A.
3. Meningkatkan jumlah komputer yang mempunyai capaian Internet terutama di pejabat ,bilik guru, pusat access dan perpustakaan.
4. Meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan murid melalui program Latihan Dalaman.
5. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah melalui penggunaan modul pengurusan sekolah
6. Mengadakan Sistem Pengurusan Kandungan Pembelajaran
7. Membolehkan guru berkongsi maklumat dan bahan pengajaran.
8. Dapat mengemaskini laman web sekolah dan blog sekolah
KUMPULAN SASARAN
1. 56 orang guru
2. Staf sokongan sekolah
3. Semua murid Sbpis seramai 530 orang.
PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM LONJAKAN ICT SBPIS
1.Memeriksa semua LCD Projektor dan Laptop sekolah
2.Memberikan “on site training” kepada guru PPSMI tentang tatacara penggunaan LCD
3.Membuat lawatan “benchmarking” ke makmal sekolah contoh
4.Mendapatkan capaian internet di pejabat , perpustakaan dan bilik guru.
5.Melakukan kerja “networking”
6.Menaik taraf komputer sedia ada di makmal
7.Menubuhkan pasukan Laman Web Sekolah dan mengemaskini laman web sekolah
8.Melakukan kerja penceriaan makmal
9.Mengadakan pertandingan/kursus blog di kalangan murid

No comments:

Post a Comment